Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket

Wednesday, January 13, 2010

Majlis Salawat Mingguan

Salamullah 'alaikum warahmatullah wa barakatuh.., kepada semua ahbab Darul Hasani. InsyaAllah, setelah disepakati bersama dengan semua ahbab bersama dengan Syeikh Rohimuddin Nawawi 'Azamatkhan Al-Husaini Al-Bantani pada hari Sabtu setiap minggu, majlis salawat akan diadakan di Markaz Darul Hasani yang bertempat di PT 10205, Jalan BBN 11/4A, Taman Desa Melati, Fasa 3, 71800 NIlai.. Majlis bermula dengan solat Maghrib bersama, kemudian akan diberikan kuliah oleh tenaga pengajar yang telah diamanahkan oleh Guru kita, Sheikh Murobbi Al-'Allamah Al-'Arif Billah Al-Habib Syeikh Yusuf Muhyiddein Riq El-Bakhour Al-Hasani Wal Husaini.


Amatlah diharapkan semua ahbab dapat menghadirkan diri.

Sumbangan Tetap Bulanan

Salamullah 'Alaikum warahmatullah wa barakatuh... Kepada semua ahbab/murid Syeikh al-Habib Yusuf Muhyiddein Riq el-Bakhour al-Hasani dan Syeikh Rohimuddin Nawawi al-Bantani, untuk perhatian semuanya. Kita telah mempunyai Markaz yang bertempat di alamat PT 10205, Jalan BBN 11/4A, Taman Desa Melati, Fasa 3, 71800 Nilai, Negeri Sembilan. Pihak Markaz, amatlah mengalu-alukan kepada semua ahbab untuk bersama-sama membantu mengukuhkan perjalanan Markaz Darul Hasani, Nilai. Di sini disertakan perbelanjaan bulanan Markaz yang perlulah kita bersama-sama memberikan perhatian yang serius bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak kita inginkan berlaku kepada perjalanan Markaz.

1. Sewa Bulanan Markaz - RM 800.00

2. Bil Air/ Elektrik/ Talifon - RM 300.00

3. Keperluan Lain Semasa Majlis Salawat - RM 100.00

Jumlah Tetap Bulanan Yang Perlu - RM 1200.00


Bantuan bolehlah disalurkan terus ke tabung Markaz Darul Hasani di dalam akaun Maybank ( Darul Hasani Enterprise : 505019161643 ). Bantuan juga boleh juga disalurkan ke tabung Markaz yang beralamat di PT 10205, Jalan BBN 11/4A, Taman Desa Melati, Fasa 3, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, atau bolehlah menghubungi talian 06-8506473 / 016-6478497 (Markaz), 013-6227671 (Ustaz Nasir), 012-2436316 (Ustaz Raja Ahmad Mukhlis).

Amatlah diharapkan agar semua ahbab mengambil berat terhadap perjalanan Markaz Darul Hasani yang menjadi harapan oleh Guru kita, Syeikh Yusuf Riq el-Bakhour al-Hasani supaya dijaga oleh semua ahbab.

Photobucket
Photobucket
Design by Abdul Munir Visit Original Post Islamic2 Template