PT 10205, Jalan BBN 11/4A, Taman Desa Melati, Fasa 3, 71800 Nilai, Negeri Sembilan.
Boleh hubungi:
Ustaz Nasir (013-6227671), Ustaz Raja Ahmad Mukhlis (012-2436316)
Syeikh Yusuf bersama Syeikh Isomuddin Zaki Ibrahim
Syeikh Yusuf di Indonesia
Ta'lim di pasentren Indonesia
Syeikh Yusuf bersama khalifahnya, Syeikh Rohimuddin
Siapakah Syeikh Yusuf Al Hasani ..?
Sheikh As-Syarif al Imam Yusuf Muhyiddin Riq El-Bakhur Al-Hasani. Beliau berketurunan Sayyidina Hasan dan Sayyidina Husein r.a., kedua-dua cucu kesayangan Rasulullah s.a.w.
KELAHIRAN DAN KEHIDUPAN BELIAU: Beliau dilahirkan di Aka, Lubnan. Kini, beliau tinggal di Lubnan dan Kanada.
LATAR BELAKANG PENDIDIKAN BELIAU: Pada awalnya, beliau menuntut di Lubnan. Seterusnya, beliau melanjutkan pengajiannya di Institut Fiqh (Islamic Study) pada tahun 1974 dalam bidang Ijazah Sarjana Muda. Beliau juga turut mengambil pengajian Sarjana Muda di Al-Azhar dan tamat pada tahun yang sama, dalam bidang Al-Syariah wa Al-Qonun. Beliau melanjutkan Ijazah Sarjana di Al-Azhar dalam bidang Al-Syariah wa Al-Qonun dan tamat pada tahun 1989. Seterusnya, beliau dianugerahkan ijazah Kedoktoran (Ph.D) Kerhormat daripada Universiti Islam Lubnan pada tahun 1991.
ANTARA GURU-GURU BELIAU: Beliau mengambil tarbiah sufiyah secara khusus dari As-Sheikh Al-Mursyid Sidi Abdul Qadir Isa r.a. yang merupakan mursyid bagi Tarikat As-Syazuliyah Ad-Darqowiyah. Setelah dilihat kelayakan Sheikhuna Sidi Yusuf Al-Hasani, dalam memikul tugas sebagai mursyid, maka Sidi Sheikh Abdul Qadir Isa r.a. memberi izin wirid 'am dan khas tarikat As-Syazuliyah dan izin irsyad dan tarbiah kepada beliau. Sheikh Yusuf merupakan khalifah Sheikh Abdul Qadir Isa r.a. yang termuda dari kalangan keempat-empat khalifah beliau. Sheikhuna Sidi Yusuf Al-Hasani pernah dibawa oleh Sheikh Abdul Qadir Isa r.a. untuk bertemu dengan guru beliau sendiri iaitu Sheikh Muhammad Al-Hasyimi. Sheikh Muhammad Al-Hasyimi turut memberi izin wirid am dan khas tarikat As-Syazuliyah kepada Sheikhuna Sidi Yusuf Al-Hasani r.a.. Sheikhuna Yusuf Al-Hasani bersahabat dengan Sheikh Abdul Qadir Isa sehinggalah ke hujung hayat Sheikh Abdul Qadir Isa r.a.. Setelah kewafatan Sheikh Abdul Qadir Isa r.a., Sheikhuna Yusuf juga turut mencari mursyid lain sebagai tabarruk dan merasakan diri masih lagi memerlukan tarbiah dari seorang mursyid, walaupun pada ketika itu, beliau sudahpun mendapat izin sebagai seorang mursyid. Sheikhuna Sidi Yusuf Al-Hasani mengambil bai'ah tabarruk dari Sheikh Sa'duddin Murod, yang merupakan khalifah utama Sheikh Abdul Qadir Isa r.a.. Sheikh Sa'duddin Murod turut memberikan kepada Shiekh Yusuf Al-Hasani izin tarbiah khalwah dan izin wirid am dan khas tarikat As-Syazuliyah. Bukan sekadar itu sahaja, malah Sheikhuna Sidi Yusuf Al-Hasani turut menemui Sheikh Al-Habib Abdul Qadir As-Saggaf untuk mengambil bai'ah tarikat daripada beliau seterusnya menjadi murid beliau. Sheikh Abdul Qadir As-Saggaf lantas memberi kepada Sheikhuna Yusuf Al-Hasani, izin irsyad tarikat As-Syazuliyah, kerana melihat keahlian yang dimiliki oleh Sheikhuna Yusuf. Di samping itu juga, Sheikhuna Sidi Yusuf Al-Hasani mengambil bai'ah tarikat daripada beberapa mursyid tarikat berlainan lantaran itu, turut menerima izin irsyad dari mursyid-mursyid tarikat tersebut. Antara mursyid-mursyd tersebut adalah:
1. Sheikh Soleh Farfur (tarikat As-Syazuliyah juga) 2. Sheikh Sayyid Muhammad bin Sayyid 'Alawi Al-Maliki (tarikat Alawiyah) 3. Sheikh Uthman Sirajuddin An-Naqsyabandi (tarikat An-Naqsyabandiyah) 4. Sheikh Muhammad Na'im Al-Jailani Al-Asyarafi (tarikat Al-Qadiriyah) 5. Sheikh Muhammad Zaki Ad-Din Ibrahim (tarikat Asyirah Muhammadyah) 6. Sheikhuna Sidi Yusuf Al-Hasani juga meriwayatkan hadis-hadis musalsal dan sanad-sanad hadis dan ilmu agama secara umum dari Sheikh Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki r.a. dan Sheikh Muhammad Zaki Ibrahim.
AKTIVITI-AKTIVITI BELIAU: *Pengarah Yayasan Islam Kanada, di Hamilton, Kanada pada tahun 1981 sehingga hari ini. *Pensyarah di Universiti Islam Lubnan. *Ahli JawatanKuasa Majlis Fatwa Lubnan. *Anggota Majlis Ulama' di Syria. *Seorang pendakwah peringkat antarabangsa (Syam, Kanada, Mesir, Jepun dan AsiaTenggara). *Mursyid atau Sheikh Tarikat Al-Asyirah Al-Muhammadiyah di Hamiton, Kanada. *Murobbi Tasauf khususnya dalam Tarikat Syazuliyah, Qadiriyah, Naqsyabandiyah, Darqowiyah, Alawiyah dan sebagainya. *Pengasas Dar El-Hasani Center, iaitu tempat perhimpunan anak-anak murid beliau di Mesir. *Penasihat Kehormat Institut Pengajian Ar-Razi, Pulau Pinang, Malaysia. *Penaung dan Penasihat kepada Markaz Darul Hasani Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan.
Kewargaan: Libanon T. Tgl Lahir: Libanon pada Tahun 1948.
Pendidikan: *Menyelesaikan Pendidikan Tingkat Atas di Libanon 1967 M *Menyelesaikan Pendidikan pada Institut Hukum Islam di Fakulti Syariah Islam di Universiti Islam Syria 1974 M *Menyelesaikan Pendidikan Hukum Islam dan Hukum Sivil internasional pada Fakulti Syari'ah Islam dan Hukum Universiti Al-Azhar 1989 M
Jabatan : *Terpilih sebagai Guru Besar sekaligus wakil Mufti pada Lembaga Fatwa di Libanon 1975 - 1982 M *Imam Masjid di Hamilton Canada Amerika Utara 1982 -1986 M *Pembimbing Spiritual (Murobi) pada 2 Masjid Bosnia & Hamilton di Toronto, di samping pada berbagai Komuniti Muslim di Amerika Utara 1992 M
Jabatan lainnya : *Terpilih sebagai da'i kehormatan dan Penasihat umum dalam bidang hukum agama dan moral Islam di seluruh komuniti muslim di Amerika Utara. *Diangkat sebagai khotib Besar di Masjid Agung di Beirut Libanon. *Pensyarah Fikih Ushul Fikih di Universiti Al-Azhar. *Penasihat dan Pembimbing spiritual Tasawwuf dan Studi Islam di Universiti Al Razi Malaysia. *Da'i kehormatan negara-negara Asia Tenggara (Indonesia, Malaysia, Singapore, Brunei, Japan dan lain-lain. *Pimpinan Umum Persatuan Da'i Tasawuf internasional.
Lain-lain: *Pakar bidang studi perbandingan antara fikih Hanafiah dan madzhab-mdzhab lain, serta pemikiran Islam.
Syeikh Rohimuddin Nawawi bersama Syeikh Fadhil Al Jilani (Waris Syeikh Abdul Qadir Al Jilani)
Siapakah Syeikh Rohimuddin Al Bantani ...?
Beliau bernama Abu Muhammad As Sayyid Syeikh Rohimuddin bin Nawawi 'Azamatkhan al-Husaini al-Banteni.
Beliau dilahirkan pada 8hb. Oktober 1965 di Bekasi, Indonesia. Beliau merupakan cucu saudara kepada seorang ulama alam Melayu yang terkanal di Mekah iaitu Sheikh Muhammad Nawawi bin Umar ibnu Arabi bin Ali al-Jawi atau Sheikh Nawawi Banten.
Sheikh Rohimuddin mendapat pendidikan awalnya di Pesantren Cirebon Jawa Barat. Seterusnya di Pesantren Lirboyo. Beliau seterusnya melanjutkan pengajiannya ke Universitas Syarif Hidayatullah di Jakarta. Kemudian beliau melanjutkan pengajian ke Universiti al-Azhar, Mesir untuk meneruskan pengajiannya. Selain belajar secara formal, beliau juga belajar secara tidak formal dengan beberapa ulama’ yang terkenal di serata Indonesia, Mekah dan Mesir.
Di antara guru-guru beliau adalah:
Ayah beliau sendiri: al-Marhum Kiyai Haji Nawawi. Bapa saudara beliau: al-Marhum Kiyai Haji Qurtubi. Kiyai Haji Maimun Zubir. Asy-Sheikh al-Habib Dr. Yusuf Mahyuddin al-Bakhur al-Hasani. Sheikh Umar Hasyim. Sheikh Ibrahim al-Khuli. Dr. Sa’ad Jawis. Sheikh Abdullah. Sheikh Dr. Ali Jum’ah (Mufti Republik Arab Mesir). al-Marhum Kiyai Mahrus Ali. al-Marhum Kiyai Umar Soleh. al-Marhum Kiyai Aqil Siraj. al-Marhum Kiyai Syadzeli. al-Marhum Sheikh Muhammad Yasin al-Fadani al-Hasani. al-Marhum Sheikh Mutawalli Asy-Sya’rawi. al-Marhum Sheikh Muhammad Zaki Ibrahim. al-Marhum Sheikh Qad al-Haq. Al-Marhum Syeikh Ghazali (Mesir) Dan ramai lagi ulama’-ulama’.
Buat masa ini beliau adalah merupakan di antara tenaga pengajar merangkap pengetua di Dar al-Hasani di Mesir, dan merupakan khalifah (muqaddam) kepada Sheikhuna Sidi Yusuf al-Hasani dalam thariqah asy-Syadhuliyah ad-Darqowiyah. Di samping itu, beliau juga giat memberi ta'lim kepada anak-anak Malaysia dan Indonesia yang menuntut di Mesir, di rumah-rumah dan di tempat-tempat organisasi mereka. Beliau juga sering menjadi tenaga pengajar jemputan di pelbagai pesantren dan organisasi. Beliau juga adalah Penasihat kepada Markaz Darul Hasani Malaysia, yang bertempat di Nilai, Negeri Sembilan. Di samping juga bakal menjadi tenaga pengajar di Ma'ahad Az-Zein di Bogor bagi membantu Sheikh Muhammad Nuruddin al-Banjari. Beliau adalah seorang tokoh ulama’ kontemporari di dalam mazhab Asy-Syafi’e.
Salamullah 'alaikum warahmatullah wa barakatuh.., kepada semua ahbab Darul Hasani. InsyaAllah, setelah disepakati bersama dengan semua ahbab bersama dengan Syeikh Rohimuddin Nawawi 'Azamatkhan Al-Husaini Al-Bantani pada hari Sabtu setiap minggu, majlis salawat akan diadakan di Markaz Darul Hasani yang bertempat di PT 10205, Jalan BBN 11/4A, Taman Desa Melati, Fasa 3, 71800 NIlai.. Majlis bermula dengan solat Maghrib bersama, kemudian akan diberikan kuliah oleh tenaga pengajar yang telah diamanahkan oleh Guru kita, Sheikh Murobbi Al-'Allamah Al-'Arif Billah Al-Habib Syeikh Yusuf Muhyiddein Riq El-Bakhour Al-Hasani Wal Husaini.
Amatlah diharapkan semua ahbab dapat menghadirkan diri.
Salamullah 'Alaikum warahmatullah wa barakatuh... Kepada semua ahbab/murid Syeikh al-Habib Yusuf Muhyiddein Riq el-Bakhour al-Hasani dan Syeikh Rohimuddin Nawawi al-Bantani, untuk perhatian semuanya. Kita telah mempunyai Markaz yang bertempat di alamat PT 10205, Jalan BBN 11/4A, Taman Desa Melati, Fasa 3, 71800 Nilai, Negeri Sembilan. Pihak Markaz, amatlah mengalu-alukan kepada semua ahbab untuk bersama-sama membantu mengukuhkan perjalanan Markaz Darul Hasani, Nilai. Di sini disertakan perbelanjaan bulanan Markaz yang perlulah kita bersama-sama memberikan perhatian yang serius bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak kita inginkan berlaku kepada perjalanan Markaz.
1. Sewa Bulanan Markaz - RM 800.00
2. Bil Air/ Elektrik/ Talifon - RM 300.00
3. Keperluan Lain Semasa Majlis Salawat - RM 100.00
Jumlah Tetap Bulanan Yang Perlu - RM 1200.00
Bantuan bolehlah disalurkan terus ke tabung Markaz Darul Hasani di dalam akaun Maybank ( Darul Hasani Enterprise : 505019161643 ). Bantuan juga boleh juga disalurkan ke tabung Markaz yang beralamat di PT 10205, Jalan BBN 11/4A, Taman Desa Melati, Fasa 3, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, atau bolehlah menghubungi talian 06-8506473 / 016-6478497 (Markaz), 013-6227671 (Ustaz Nasir), 012-2436316 (Ustaz Raja Ahmad Mukhlis).
Amatlah diharapkan agar semua ahbab mengambil berat terhadap perjalanan Markaz Darul Hasani yang menjadi harapan oleh Guru kita, Syeikh Yusuf Riq el-Bakhour al-Hasani supaya dijaga oleh semua ahbab.
Guru-Guru Al Habib Syeikh Yusuf Riq El Bakhour Al Hasani
*Syeikh Muhammad Al Hasyimi *Syeikh Abdul Qadir 'Isa *Syeikh Sa'dudin Murad *Syeikh Muhammad Zaki Ibrahim *Syeikh Muhammad Alwi Al Maliki *Syeikh Abdul Qadir As Saggaf
Al Mukarram Syeikh Muhammad Al Hasyimi
Al Mukarram Syeikh Abdul Qadir Isa
Al Mukarram Syeikh Sa'dudin Murad (tengah)
Al Mukarram Syeikh Muhammad Zaki Ibrahim
Al Mukarram Syeikh Muhammad Zaki Ibrahim
Al Mukarram Syeikh Muhammad Alawi Al Maliki
Al Mukarram Syeikh Muhammad Alawi Al Maliki
Al Mukarram Syeikh Abdul Qadir As Saggaf
Al Mukarram Syeikh Abdul Qadir As Saggaf
Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban Bikum
Sertailah Kami
Kitab-Kitab Bahasa Melayu Yang DiJual
1. Kitab Haqaiq Tasauf ( 2 Jilid ). Harga : RM 70.00 2. Kitab Memahami Tasauf Yang Shahih. Harga : RM 12.00 3. Kitab Tauhid Rububiyyah, Uluhiyyah Satu Penilaian. Harga : RM 5.00 4. Kitab Madrasah Salaf. Harga : RM 5.00 5. Kitab Menjiwai Tauhid. Harga : RM 20.00 6. Kitab Tabir Bahagia. Harga : RM 19.00
Haqaiq Tasauf Jilid Pertama
Harga : RM 42.90
Haqaiq Tasauf Jilid Kedua
Harga : RM 29.90
Kitab ini menerangkan mengenai Tasauf dengan kefahaman yang lebih jelas yang diambil daripada Al Qur'an, Hadith Nabi s.a.w. , dan juga perkataan dari tokoh-tokoh Ulama' terkenal dan terkemuka.
Kitab ini adalah satu-satunya kitab yang telah dikarang oleh Syeikh Abdul Qadir 'Isa sepanjang hidupnya. Ini menampakkan betapa besar maknanya kitab ini kepada kita semua yang ingin memahami akan Tasauf itu sendiri.
Kitab ini juga memperbetulkan salah faham yang bermain di legar permikiran orang-orang yang tidak memahami serta orang-orang yang menolak Tasauf.
Banyak lagi yang dijelaskan di dalam kitab ini yang insyaAllah akan memberikan pemahaman yang jelas kepada kita untuk memahami Tasauf yang sebenarnya.
Harga : RM 70.00 ( 2 Jilid )
Tauhid Rububiyyah, Uluhiyyah Satu Penilaian
Karangan Oleh Syeikh Yusuf Al Hasani
Madrasah Salaf
Karangan Oleh Syeikh Yusuf Al Hasani
Memahami Tasauf Yang Shahih
Karangan Oleh Syeikh Rohimuddin Nawawi Al Bantani
Menjiwai Tauhid
Karangan Oleh Ustaz Raja Ahmad Mukhlis
Tabir Bahagia
Karangan Oleh Ustaz Raja Ahmad Mukhlis
Kitab-Kitab Bahasa Arab Yang DiJual
1.مدخل إلى التصوف الصحيح الإسلامي.
2.التصوف العملي.
3.التصوف الذي نريده.
4.بنكت الأذكار ( للنووي ).
5.طوق الحمامة.
6.اليواقيت الجوزية في المواعظ النبوية.
7.هتك الأستار في علم الأسرار.
8.الأداب المفرد.
9.جلأ العينين.
10. حقائق الإسلام و اسراره
مدخل إلى التصوف الصحيح الإسلامي
Harga : RM 20.00
التصوف العملي
Harga : RM 20.00
التصوف الذي نريده
Harga : RM 20.00
Kitab ini adalah kitab bersiri, yang dikarang oleh Abu Muhammad As Sayyid Syeikh Rohimuddin Nawawi 'Azamatkhan Al Husaini Al Bantany.
Kitab ini mempunyai 12 siri atau silsalah. Kitab ini baru terhasil untuk 3 siri ini.
Yang mana siri pertamanya sudah diterjemahkan ke dalam bahasa melayu yang anda boleh dapatinya di pasaran. Kitab terjemahannya ialah "Memahami Tasauf Yang Shahih".
Harga untuk 1 Kitab : RM 20.00 Harga untuk 2 Kitab : RM 40.00 Harga untuk 3 Kitab : RM 50.00